ALOR GAJAH 31 Mei – Pihak pengurusan pusat peranginan A’Famosa Resort dan lokasi jualan beli-belah Freeport A’Famosa Outlet (FAO) di sini hari ini mengedarkan sejumlah 1,500 bekas bubur lambuk kepada pengunjungnya sempena bulan Ramadan. Program penyerahan bubur lambuk itu diadakan di laluan utama ke pintu masuk FAO bermula pukul 4 petang ini dan berakhir kira-kira sejam kemudian. Seramai 20 kakitangan diketuai Pengurus Besar Bahagian Operasi Safari Wonderland Sdn. Bhd., Robert…