11 kaki lumba didenda RM1,500 - Utusan Malaysia

11 kaki lumba didenda RM1,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Seramai 11 kaki lumba kereta didenda RM1,500 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan lumba haram di Nilai dekat sini, minggu lalu. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Raja Mohd. Khalid Raja Mohd. Khairi, 20; Amran Md. Suhud, 29; Asyraf Haziq Rohaizad, 22; Mohammad Shahrul Amir Mohd. Fadzil Yusof, 20; dan Mohamad Sallehin Buyong, 26; mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Norzaliza Tesmin. 

Tertuduh lain, Muhammad Zharif Syazwan Norsham, 23; Mohd. Hazwan Mohd. Yassin, 23; Amirul Azrri Azmi, 20; Wong Wai Yuan, 24; Chan Xian Zhe, 24; dan Yong Kai Seng, 22, turut membuat pengakuan sama. 

Berdasarkan pertuduhan pilihan, mereka didakwa memandu kereta masing-masing secara gopoh atau cuai hingga membahayakan nyawa atau mungkin menyebabkan cedera kepada orang lain. 

Kesalahan yang berbahayakan diri sendiri dan orang lain itu dilakukan di Jalan Persiaran Teknologi 3 dan 4, serta Jalan Persiaran 5 di Nilai antara pukul 3.05 hingga 3.10 pagi, 20 Mei lalu.

Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan M.Shanmugavell mengemukakan pendakwaan mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 

Majistret kemudian memutuskan kesemua mereka didenda RM1,500 setiap seorang atau tiga bulan penjara. 

Kesemua mereka kemudian menjelaskan denda itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN