KUALA LUMPUR 16 Mei – Sebanyak 100 buah motosikal yang diletakkan di ruang tempat letak kenderaan di sebuah blok di Pangsapuri Angsana USJ1, Subang Jaya, dekat sini musnah selepas terbakar awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, kebakaran yang berlaku di blok E, D dan F tersebut memusnahkan keseluruhan motosikal yang diletakkan di kawasan terbabit. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, api…









