BATU PAHAT – Seorang tukang masak maut apabila penjenayah yang meragut beg tangannya menikam dadanya menggunakan senjata tajam di Jalan Sutera 7, Taman Sutera Yong Peng di sini semalam. Dalam kejadian pukul 1.25 pagi itu, mangsa, Tan Chi Ann, 47, dikatakan sempat berjalan untuk meminta pertolongan selepas dadanya berlumuran darah namun dia rebah kira-kira 50 meter dari tempat diragut. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, ketika kejadian, wanita yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di sini itu dalam perjalanan pulang menunggang motosikal Yamaha…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya