[VIDEO] KWP peruntuk RM150,000 jayakan program Baiti Jannati - Utusan Malaysia

[VIDEO] KWP peruntuk RM150,000 jayakan program Baiti Jannati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LABUAN 10 Feb. – Kementerian Wilayah Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM150,000 menerusi Badan Amal Kasih Ibu Wilayah Persekutuan untuk disumbangkan kepada golongan sasar dalam Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan di kawasan ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 10 buah keluarga menerima manfaat tersebut dengan jumlah sumbangan sebanyak RM15,000 untuk setiap keluarga.

Katanya, sumbangan itu akan disalurkan dalam bentuk bantuan naik taraf dan membuat ubah suai rumah mengikut keperluan masing-masing.

“Program ini merupakan satu bentuk bantuan yang disediakan kerajaan bagi membantu golongan kurang bernasib baik untuk mendiami rumah yang lebih selesa dan lengkap sebagai asas keharmonian sesebuah keluarga.

“Matlamat utama program ini untuk meningkatkan kualiti hidup dengan menyediakan tempat tinggal yang selesa kepada golongan berpendapatan rendah, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU), golongan asnaf, fakir dan miskin di Wilayah Persekutuan,” katanya ketika berucap merasmikan program itu di sini hari ini.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli; Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md Ikshan; Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Seri Hasim Ismail; Pengarah Eksekutif Pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mohd. Mustafa Mohd dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kesejahteraan Bandar, Datuk Dr. Mustapha Ahmad Merican. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×