SOUTHHAMPTON 10 Feb. – Virgil Van Dijk menegaskan kritikan terhadapnya yang kini merupakan pemain pertahanan paling makal di dunia tidak akan menjejaskan persiapannya untuk berhadapan dengan bekas kelabnya Southampton esok.
Petahanan Belanda itu berpindah ke Anfield dengan harga 75 juta pound tetapi baru mencatatkan satu kemenangan daripada empat perlawanannya bersama Liverpool.
Van Dijk bagaimanapun memulakan kerjaya impiannya di Livepool dengan menjaringkan gol pada perlawanan pertamanya bersama kelab itu ketika menentang Everton.
Bagaimanapun harapan untuk melihat kehadirannya dapat membaiki masalah di barisan pertahanan Liverpool tidak menjadi kenyataan apabila tewas kepada kepada Swansea dan West Brom.
“Saya tahu kerana saya mengambil tindakan yang besar ketiak ini, disebabkan jumlah wang yang banyak, semuanya akan diteliti.
“Tidak ada siapa yang akan melihat benda baik pada anda. Semua orang mahu melihat benda buruk, begitulah keadaannya. Tetapi saya akan berbincang dengan mereka yang mahu menjadikan saya lebih baik, yang akan menjadikan saya lebih baik, iaitu pengurus dan pemain di sekeliling saya,” kata Van Dijk.
Namun ada tanda-tanda positif mengapa Liverpool sanggup menunggu untuk mendapatkan pemain pertahanan itu pada Januari, sedangkan usaha untuk membawa Van Dijk ke Anfield pada musim panas lalu tersangkut, ini berdasarkan keputusan seri 2-2 dengan Spurs minggu lalu.
Van Dijk berjaya memastikan penjaring terbanyak EPL, Harry Kane mati langkah.
“Tidak ada siapa yang akan bercakap tentang prestasi saya secara keseluruhan. Kami bertahan dengan baik, sebagai satu pasukan kami telah melakukan yang terbaik ketika berhadapan dengan salah seorang penyerang terbaik di Eropah,” kata Van Dijk. – AFP









