KUALA LUMPUR 14 Feb. – UMNO bukan parti bersifat elitis dan tidak mengamalkan prinsip kerajaan mengetahui segala-galanya seperti yang diamalkan pada zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad sebaliknya mengamalkan politik kontemporari. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, sebelum ini, UMNO dilihat sebagai parti bersifat elitis, komunalis, konservatif, ultra-nasionalis dan autokratik yang dibelenggu oleh amalan puak dan politik wang. Maka, katanya, ramai penganalisis politik yang meramalkan UMNO dan…