MELODI ceria lagu Didi & Friends daripada pembesar suara tanpa wayar mengiringi Ikmal Abdul Jabar, 35, dan isterinya Erni Zuraini, 35, yang menyertai larian sejauh 21 kilometer (km) sempena Putrajaya Night Marathon baru-baru ini. Pasangan itu kelihatan tenang mengorak langkah sambil menolak kereta sorong roda tiga berwarna merah yang dinaiki dua puteri mereka, Khaylila, 6, dan Kayyisha, 3. Sesekali mereka menyanyi bersama-sama, sekali gus mewujudkan suasana meriah pada malam yang…