ESOK kadar levi dan tol di laluan kedua Malaysia-Singapura (LinKedua), Gelang patah akan dikurangkan bagi menggalakkan kenderaan menggunakan laluan itu berbanding Tambak Johor di Johor Bahru yang kini semakin sesak dan sibuk. Langkah kerajaan Malaysia itu bertujuan mengurangkan kenderaan komersial yang menggunakan Tambak Johor sebanyak 40 peratus sekali gus mempromosikan laluan LinKedua menerusi Kompleks Kuarantin, Imigresen dan Kastam (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah. Inisiatif itu juga bertujuan…










