Tiga termasuk kanak-kanak perempuan maut kemalangan di Serdang - Utusan Malaysia

Tiga termasuk kanak-kanak perempuan maut kemalangan di Serdang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR BAHARU 14 Feb. – Tiga termasuk seorang bayi perempuan maut sementara seorang lagi parah setelah kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kampung Batu 12 Terap Serdang dekat sini tengah hari tadi.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.18 tengah hari dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Satria dan sebuah lori sampah. Empat mangsa di dalam kereta termasuk dua daripadanya tersepit sebelum operasi mengeluarkan mangsa dijalankan.

“Tiga mangsa termasuk dua yang tersepit itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya di sini.

Difahamkan kesemua mayat mangsa termasuk dua lelaki itu dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×