KUALA TERENGGANU 14 Feb. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengiktiraf Terengganu sebagai negeri pertama kalangan penjawat awamnya yang mencapai 100 peratus Ikrar Bebas Rasuah (IBR). Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, beliau turut teruja serta kagum dengan pencapaian kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman atas komitmen tinggi untuk sama-sama memerangi gejala rasuah kalangan kakitangannya. “Saya nak nyatakan di sini…