Stor masjid terbakar - Utusan Malaysia

Stor masjid terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 11 Feb. – Sebuah stor simpanan barang di Masjid Kampung Tok Batin di Mercang, Marang terbakar dalam kejadian lewat petang tadi.

Jurucakap bomba berkata, kebakaran menyebabkan stor berkeluasan 10 x 25 kaki itu musnah namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

“Jentera bomba bergegas ke lokasi kejadian dengan kekuatan sembilan anggota selepas menerima panggilan pada pukul 6.43 petang,” katanya, di sini malam ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×