SPRM diminta siasat projek perkuburan bukan Islam - Utusan Malaysia

SPRM diminta siasat projek perkuburan bukan Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 14 Feb. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat kelulusan projek pembinaan tanah perkuburan bukan Islam di Kampung Felda Bukit Che­rakah, Jeram, Kuala Selangor yang menjejaskan sensitiviti masyarakat di kawasan berkenaan.

Para penduduk dari lima kampung berhampiran iaitu Kampung Felda Bukit Cherakah, Kampung Bukit Hijau, Kampung Bukit Kapar, Kampung Bukit Kerayong dan Bandar Puncak Alam membuat permohonan siasatan itu berikutan timbulnya keraguan dalam prosedur kelulusan projek berkenaan.

Wakil penduduk Kampung Bukit Kapar, Meklas Ahmad Suparno berkata, pihaknya meminta SPRM menyiasat aspek ketelusan proses pertukaran status tanah berkenaan di peringkat Kerajaan negeri Selangor serta Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor.

“Kami hairan bagaimana jirat Cina itu hendak dibina di tengah-tengah kawasan yang sekelilingnya 99 peratus adalah penduduk orang Melayu.

“Kami hendak menegaskan yang lokasi pembinaan tanah perkuburan itu adalah amat tidak sesuai dan memang mengguriskan sensitiviti masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas bersama penduduk-penduduk lain mengemukakan laporan di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×