ALOR SETAR 8 Feb. – Harapan skuad badminton wanita negara menamatkan saingan selaku juara Kumpulan Y di Kejohanan Berpasukan Asia tidak kesampaian selepas tunduk 2-3 dalam aksi terakhir kepada Thailand di Stadium Sultan Abdul Halim, di sini sebentar tadi. Lim Yin Fun yang turun selaku perseorangan ketiga tidak berjaya menyumbang mata penentu selepas pasukan negara terikat 2-2 dalam perlawanan itu. Meskipun memberikan saingan sengit namun pemain berusia 24 tahun itu…