Seorang pemain badminton profesional terlibat skandal mengatur perlawanan - Utusan Malaysia

Seorang pemain badminton profesional terlibat skandal mengatur perlawanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan seorang pemain badminton profesional di negara ini terlibat dengan skandal mengatur perlawanan .

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya sudah menerima maklumat berkenaan dan ia masih diawal siasatan.

“Kita baru sahaja menerima maklumat dan tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat kerana perkara ini sedang disiasat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apa saya boleh katakan, pemain badminton itu bukan dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM) namun dia merupakan seorang pemain profesional,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Kempen Gerakan Memerangi Pemberi Rasuah atau GEMPUR di Menara 1 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×