Alor SETAR 10 Feb. – Kegagalan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diterajui Tun Dr. Mahathir Mohamad menamatkan pergolakan dalaman parti seharusnya menjadi cerminan kepada rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, adalah mustahil buat PPBM menunaikan janji yang lebih besar kepada rakyat tentang negara berikutan ketidakupayaan parti tersebut menyelesaikan masalah kecelaruan dalaman yang dialami mereka.…










