BATU KAWAN 6 Feb. – Pulau Pinang akhirnya menemui rentak kemenangan selepas menewaskan UKM FC 2-1 di Stadium Negeri Pulau Pinang di sini petang ini. Skuad Harimau Kumbang terlebih dahulu berada di depan pada minit ke-24 hasil jaringan Mohd. Azinee Taib yang menguis masuk tendangan percuma Kang Seungjo. Bermain di laman sendiri, Pulau Pinang terus menguasai permainan dengan beberapa percubaan ke gawang UKM FC namun berjaya dipatahkan penjaga gol Mohamad…