KEPALA BATAS 14 Feb. – Polis Seberang Perai Utara (SPU) menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan dan merampas sejumlah mercun dan bunga api di Jalan Raja Uda dan kawasan Tokong Tow Boo Kong di sini semalam. Ketua Polis Daerah SPU Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, dalam tangkapan pertama, seorang lelaki berusia 20 tahun ditahan di Jalan Raja Uda dan menemukan sebuah kotak berisi bunga api pada pukul 8.30…