Polis sahkan tangkapan individu rompak kedai emas - Utusan Malaysia

Polis sahkan tangkapan individu rompak kedai emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Feb. – Polis mengesahkan tangkapan terhadap individu yang dipercayai terlibat dalam kes rompakan bersenjata di sebuah kedai emas di sebuah pasar raya besar di Kota Damansara, dekat sini Khamis lalu.

Tanpa mendedahkan lebih lanjut, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penahanan individu terbabit.

“Kita akan adakan sidang akhbar esok bagi memaklumkan perkara itu,” katanya, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.47 pagi itu, tiga suspek menaiki sebuah kereta Perodua Myvi bertindak melarikan lapan dulang barang kemas bersenjatakan pistol.

Suspek turut merampas selaras senapang patah milik pengawal keselamatan sebelum bertindak mencampakkan senjata api tersebut diluar pasar raya besar tersebut sebelum melarikan diri.

Kejadian itu menyebabkan kedai tersebut mengalami kerugian sebanyak RM720,000.

Difahamkan kejadian itu adalah kali kedua sebelum premis sama turut dirompak mengakibatkan kerugian sebanyak RM1.1 juta pada awal November tahun lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×