Pewujudan pangkalan laut kekang jenayah rentas sempadan - Utusan Malaysia

Pewujudan pangkalan laut kekang jenayah rentas sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN – Pewujudan tiga pangkalan laut di perairan timur negeri ini menjadi faktor penting kepada tindakan mengekang pencerobohan dan penculikan oleh anasir jahat.

Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) Brigadier Jeneral  Zarondin Md. Amin berkata, ia membabitkan aset kapal Auxilari Tun Azizan (KA TAZ), Pelantar Laut Tun Sharifah Rodziah (PLTSR) dan Bunga Mas 5 (BM 5) ditempatkan di beberapa lokasi strategik di sekitar perairan timur negeri ini.

Katanya tiga pangkalan laut ini berkesan bagi memastikan kawalan keselamatan di perairan negara terjaga sepanjang masa.

“Ini penting bagi membendung perkara yang tidak diingini atau seumpamanya seperti yang berlaku semasa pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu.

“Kita akan sentiasa bersiap siaga mengekang sebarang kejadian buruk di kawasan perairan negara ini. Oleh itu, dengan adanya aset tersebut sekali gus dapat memberi impak positif dalam membantu meningkatkan keselamatan negara,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×