KUALA LUMPUR 12 Feb. – Kerajaan perlu mempunyai usaha secara kolektif antara agensi kerajaan dan swasta bagi memastikan objektif perumahan mampu milik boleh dilaksanakan lebih berkesan. Pengurus Negara bagi Malaysia, Kumpulan Bank Dunia, Faris H.Hadad-Zervos berkata, kerajaan menyediakan semua kemudahan daripada kementerian, bank dan institusi seperti Cagamas Berhad dan Perbadanan PR1MA Malaysia bagi membantu rakyat memiliki rumah. Sehubungan itu ujarnya, adalah penting bagi setiap sektor untuk membentuk satu kerjasama dan…










