JERANTUT – Pelancong Malaysia yang menerima rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU) Hospital Vachiraphuket, Phuket, Thailand, disahkan meninggal dunia pukul 10.55 malam tadi akibat jangkitan kuman dalam paru-paru. Bagaimanapun, urusan membawa pulang jenazah Mohd. Nazmi Ahmad Zubaidi, 30, tergendala selepas keluarganya tidak mampu menjelaskan tunggakan bil sebanyak RM40,000 kepada pihak hospital. Adiknya, Mohd. Nazrin, 29, berkata, Mohd. Nazmi dimasukkan ke Hospital Vachiraphuket pada pada 26 Januari lalu selepas terkena jangkitan…