KULIM – Perbuatan Jabatan Perhutanan Kedah yang membiarkan aktiviti perlombongan dan pembalakan dijalankan secara rakus di dua hutan simpan kekal di sini menyebabkan lebih 20,000 penduduk di Mukim Mahang terpaksa menerima air keruh dari air paip rumah mereka.
![]() |
|
|
Tinjauan Kosmo! bersama Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) mendapati kegiatan yang merosakkan alam sekitar itu turut menyebabkan air yang diterima adakalanya berselut terutama pada musim hujan.
Menurut Ketua Pentadbir Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA), Nor Hayati Shahrom (gambar kecil), kerajaan negeri dan agensi penguat kuasa terlibat perlu menghentikan segera semua aktiviti perlombongan dan pembalakan serta memulihkan kembali kawasan yang telah dimusnahkan.











