BANGI 13 Feb. – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri Selangor telah memasang perangkap bagi membendung masalah gangguan kera liar yang dialami penduduk Taman Seri Putra, Bandar Seri Putra di sini. Pengarah Bahagian Juruperunding Jabatan Perhilitan, Wan Mohd. Adib Wan Mohd. Yusoh berkata, operasi memasang perangkap di beberapa kawasan yang menjadi tumpuan mamalia itu dilakukan sejak Selasa lalu. “Pemasangan perangkap-perangkap kecil itu merupakan sebahagian daripada tindakan awal Perhilitan untuk mengatasi masalah gangguan kera liar di kawasan itu selepas pemantauan dilakukan. “Buat masa ini penduduk dinasihatkan supaya mengambil…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya