Penjenayah maut berbalas tembakan dengan polis - Utusan Malaysia

Penjenayah maut berbalas tembakan dengan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Seorang penjenayah yang dipercayai aktif melakukan kegiatan pecah rumah mati ditembak ketika cuba menyerang anggota polis dalam kejadian di Jalan Kayu Madang, berdekatan tangki air Telipok di sini awal pagi tadi.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Razarudin Husain berkata, dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu suspek berusia 20-an disahkan maut di tempat kejadian.

Jelasnya, sepasukan anggota polis yang sedang melakukan rondaan di lokasi terbabit mengesan seorang suspek menaiki sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak menghampiri lelaki berkenaan.

“Menyedari kehadiran pihak polis suspek bertindak agresif dan melepaskan tembakan lalu anggota polis turut melakukan tembakan bagi mempertahankan diri.

“Hasil pemeriksaan polis menemui sepucuk pistol, parang dan beberapa batang besi yang disimpan di dalam beg milik suspek,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×