KANGAR – Pemeriksaan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Perlis mendapati peniaga mematuhi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina yang bermula Sabtu lalu sehingga 21 Februari ini. Pengarah PPDNKK Perlis, Khairul Amin Talib berkata, setakat semalam, sebanyak 83 premis telah diperiksa merangkumi kedai runcit, pemborong dan pasar harian. “Selain itu, pegawai dan anggota PPDNKK Perlis turut melakukan pemeriksaan berkala di pasar awam, pasar tani dan pasar…