HUALIEN, Taiwan – Pasukan penyelamat Taiwan menemui dua lagi mayat semalam selepas memberanikan diri menempuh gempa susulan untuk mencari mangsa terselamat di dalam sebuah bangunan kediaman yang hampir runtuh akibat gempa bumi kuat. Berdasarkan semakan angka korban oleh agensi bomba kebangsaan, sekurang-kurangnya sembilan orang maut dan puluhan lagi hilang selepas gempa bermagnitud 6.4 menggegarkan bandar Hualien di timur Taiwan lewat Selasa lalu. Gegaran kuat itu mengakibatkan beberapa bangunan rosak teruk…










