KUALA LUMPUR – Pemilik jenama fesyen, Bianco Mimosa, Datuk Ida Suraya Mustapha mencipta sejarah apabila dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat Minggu Fesyen Antarabangsa Dubai (IFWD), Emiriyah Arab Bersatu (UAE) selama tiga tahun berkuat kuasa Januari lalu. Pelantikan itu menjadikan Ida Suraya muncul sebagai pereka fesyen pertama tempatan dan negara ASEAN yang berjaya menduduki jawatan tertinggi berkenaan bagi IFWD terkenal dalam kalangan industri fesyen seluruh dunia. Sebagai Ahli Lembaga Penasihat, wanita…










