Pemandu lori maut tersepit, kelindan patah kaki - Utusan Malaysia

Pemandu lori maut tersepit, kelindan patah kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BELURAN – Seorang pemandu lori tangki minyak maut dipercayai tersepit selepas kenderaan berat yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbalik di Kilometer 150, Jalan Beluran-Paitan di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi tadi, mangsa, Lee Nyuk Fook, 53, disahkan maut di lokasi manakala kelindan, Rumih Yosep, 18, pula patah kaki kiri.

Ketua Polis Daerah Beluran, Deputi Superintendan Sivanathan Velautha berkata, sebelum kejadian lori jenis Nissan itu dalam perjalanan dari daerah Sandakan menuju ke daerah Kota Marudu untuk menghantar minyak.

“Sebaik tiba di jalan berselekoh yang menuruni bukit brek kenderaan berat berkenaan dikatakan tidak berfungsi sehingga menyebabkan ia terlanggar lereng bukit sebelum terbalik.

“Akibat kemalangan itu, pemandu lori maut di tempat kejadian dipercayai tersepit manakala kelindan pula patah kaki kiri,” katanya hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×