Pemaju abai keselamatan penduduk - Utusan Malaysia

Pemaju abai keselamatan penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMENYIH 8 Feb. – Penduduk di sekitar Taman Bukit Semenyih di sini terkilan dengan sikap sambil lewa pemaju Projek Skim Perpaipan Air Bersepadu (IWSS) yang didakwa mengabaikan aspek keselamatan di tapak pembinaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, pemaju tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) ketika menjalankan projek itu sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk.

“Kita faham projek ini bakal memberi manfaat dan kepentingan kepada rakyat namun, Namun isu ketidakselesaan penduduk ini perlu diselesaikan.

“Kerja-kerja pembinaan yang dilakukan didapati terlalu dekat dengan kediaman penduduk malah ada yang terletak dalam jarak kurang 10 meter sahaja dengan halaman rumah penduduk,’’ katanya.

Johan berkata, pihak pemaju sepatutnya menitikberatkan pematuhan SOP kerja kerana ia melibatkan keselamatan penduduk.

“Selain itu, penduduk juga tidak dimaklumkan berapa lama kerja-kerja pembinaan itu akan selesai,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×