PBB model contoh parti politik, sudah bersedia ‘bertempur’ dalam PRU-14 - PM - Utusan Malaysia

PBB model contoh parti politik, sudah bersedia ‘bertempur’ dalam PRU-14 – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 10 Feb. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui Parti Bumiputera Bersatu (PBB) adalah sebuah parti politik yang paling kukuh dan bersatu, sekali gus sesuai dijadikan model contoh kepada parti politik lain di negara ini.

Menurut Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, PBB merupakan sebuah parti yang istimewa kerana mempunyai pemimpin muda dan lama, beragama Islam dan bukan Islam yang bersatu hati sehinggakan tiada berlaku perebutan jawatan dalam parti.

Malah, katanya, keceriaan dan semangat dipamerkan semasa menghadiri Perhimpunan Agung PBB Ke-14 kali ini membolehkan beliau menyimpulkan bahawa parti itu sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang akan datang.

“ Saya buat kesimpulan PBB berkeyakinan bertempur dalam PRU-14.

“Sama ada angka 14 dalam Perhimpunan Agung PBB Ke-14 dan PRU-14 secara kebetulan atau mudah-mudahan satu petanda baik (menang besar),” katanya dalam ucapan semasa Majlis Perasmian Agung PBB Sarawak di Pusat Borneo Kuching BCCK di sini hari ini.

Najib berkata, beliau yakin BN Sarawak mampu mencipta kemenangan besar dalam PRU-14 kerana dipimpin oleh ‘Apai besar’ Sarawak yang baharu ( Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) bersama rakan-rakan yang setia antara satu sama lain. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×