Pasar terapung jadi tarikan Tahun Melawat Kota Bahru 2018 - Utusan Malaysia

Pasar terapung jadi tarikan Tahun Melawat Kota Bahru 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 10 Feb.- Kemunculan pasar tani pelancongan yang menggunakan konsep pasar terapung di Kota Pengkalan Datu, di sini mampu membantu menarik kehadiran pelancong ke negeri ini sebagaimana sasaran iaitu lima hingga lapan juta orang pada tahun ini.

Pengarah Tourism Malaysia Kelantan, Hafiz Hazin berkata, sasaran ini ditetapkan membabitkan pelancong dari dalam dan luar Kelantan sempena Tahun Melawat Kota Bharu 2018.

Katanya, pasar tani terapung unik di Pengkalan Datu yang dibuka sejak awal September lalu merupakan sebahagian daripada strategi pihaknya bagi meningkatkan sektor pelancongan di Kelantan.

“Selain membeli barang-barang di sini dengan harga murah, pengunjung juga boleh mencuba beberapa lagi aktiviti menarik seperti melihat proses membuat wau dan gasing serta berpeluang menaiki ‘River Cruise’ meninjau panorama sekitar Sungai Pengkalan Datu ini.

“Pihak Tourism Malaysia sentiasa mengalu-alukan sebarang produk pelancongan kerana kita ingin mempelbagaikannya supaya pelancong sentiasa ditawarkan dengan pelbagai perkara baharu,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat pasar itu, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×