Pasangan suami isteri kepala pecah rumah diberkas - Utusan Malaysia

Pasangan suami isteri kepala pecah rumah diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang berjaya memberkas satu pasangan suami isteri yang dipercayai terlibat dalam 70 kes pecah rumah di negara ini termasuk 20 kes di Pulau Pinang dalam satu serbuan di sebuah rumah di Klang, Selangor, 3 Februari lalu.

Kedua-dua suspek warga tempatan berusia 35 dan 38 tahun itu diberkas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut kira-kira pukul 5 petang.

Ketua Polis Negeri, Datuk A. Thaiveegan berkata, penahanan suspek terbabit dilakukan hasil laporan daripada mangsa dan risikan pihaknya sejak tiga tahun lalu.

“Dalam operasi tersebut, kita berjaya merampas barang kemas dan wang tunai yang dianggarkan bernilai RM300,000 berserta barangan dipercayai milik mangsa terbabit. Suspek kini ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan berhubung kegiatan yang dilakukan.

“Kita masih memburu tiga lagi rakan mereka yang terlibat dalam kegiatan samun dan percaya tangkapan akan dilakukan dalam tempoh terdekat,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini sebentar tadi. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×