PADANG TERAP 7 Feb. – Padang Terap yang mempunyai kira-kira 62,000 penduduk kini berwajah baharu apabila pelbagai program pembangunan dirangka terutama selepas kejayaan Barisan Nasional (BN) merampas kerusi Parlimen berkenaan daripada Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Mengambil sempena nama sejenis pohon yang tahan kemarau dan bergetah yang dipanggil pokok terap atau Artocarpus Elasticus, kawasan terletak bersempadan dengan Thailand pada bahagian utara dan daerah Sik serta Pendang di sebelah barat…