KUALA LUMPUR – Padang Dataran Merdeka akan ditutup selama enam bulan bermula Mei ini untuk membolehkan kerja-kerja membaik pulih kawasan padang yang rosak dijalankan. Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz memberitahu, kerosakan itu berlaku susulan penganjuran Ekspo Negaraku 2017 tahun lepas dan Jabatan Perdana Menteri selaku penganjur ekspo itu telah pun bersetuju untuk menanggung perbelanjaan kerja-kerja pemulihan padang bersejarah ini. “Namun, kerja baik pulih padang…