Mubarak dekati pengundi atas pagar - Utusan Malaysia

Mubarak dekati pengundi atas pagar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 10 Feb. – Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) melaksanakan program mendekati pengundi atas pagar di tiga kawasan sama ada Parlimen atau Dewan Undangan Ne­geri (DUN) di seluruh negara yang mana Barisan Nasional (BN) menang dan tewas tipis pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Presiden Mubarak, Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, selain pengundi atas pagar, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu turut mendekati golongan muda pada program berkenaan.

“Mubarak melakukan kajian di tiga kawasan Parlimen dan DUN di setiap negeri yang BN menang dan tewas tipis dalam usaha mengembalikan sokongan rakyat di situ.

“Berdasarkan kajian itu, faktor utama kepada keputusan ber­kenaan adalah sokongan pengundi atas pagar dan pengundi muda kepada BN yang antaranya berpunca akibat penyebaran berita palsu,” katanya kepada pemberita selepas program larian anjuran Pusat Perubatan Pakar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengarah Eksekutif Pusat Perubatan Pakar UIAM, Prof. Dr. Ahmad Hafiz Zulkifly.

Program larian itu merupakan julung kali dianjurkan Pusat Perubatan Pakar UIAM dan mendapat sambutan menggalakkan daripada kira-kira 1,000 peserta.

Abdul Aziz berkata, tujuan Mubarak memberikan tumpuan mendekati pengundi atas pagar dan orang muda berusia 40 tahun ke bawah bagi membetulkan persepsi golongan itu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau yang juga Pengerusi Pusat Perubatan Pakar UIAM menjelaskan, golongan muda kini terdedah dengan pelbagai maklumat menerusi media sosial sehingga membuatkan mereka bercelaru dan mudah terpedaya.

“Jadi, Mubarak mendekati orang muda dan kita memperbe­tulkan persepsi mereka.

“Pengundi muda termasuk da­lam kalangan mahasiswa juga perlu diberikan fokus kepada mereka merupakan 42.6 peratus daripada pengundi di negara ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×