ALOR SETAR 13 Feb. – Kementerian Pendidikan mengarahkan satu siasatan penuh dijalankan ekoran kematian seorang pelajar akibat terkena serpihan bilah pemotong rumput dari sebuah jentera di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman, Gemas, Negeri Sembilan hari ini. MAHDZIR KHALID Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang menyifatkan kejadian itu sebagai paling menyedihkan berkata, siasatan yang melibatkan pihak sekolah dan pihak berkuasa itu dijangka selesai dalam tempoh terdekat. “Ini peristiwa yang…