SHAH ALAM 9 Feb. – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menganjurkan Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan bertemakan Shah Alam Bebas Plastik pada Ahad ini bertempat di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, Shah Alam. SHAHRIN AHMAD Ketua Bahagian Korporat dan Komunikasi MBSA, Shahrin Ahmad berkata, program itu merupakan inisiatif ke arah melahirkan warga Shah Alam yang mengamalkan gaya hidup sihat di samping mengurangkan jumlah penggunaan kenderaan. “Sempena program tersebut juga…










