PARIS 9 Feb – Penyerang Paris Saint Germain (PSG) Kylian Mbappe akan kembali daripada pergantungan untuk berdepan seterunya di Ligue 1, Olympique de Marseille (OM) bulan ini selepas menjalani hukuman itu selama dua perlawanan oleh suruhanjaya disiplin liga.
Pemain kebangsaan Perancis berusia 19 tahun itu, dibuang padang selepas bertindak mengasari Ismaila Sarr ketika PSG menang 3-2 ke atas Stade Rennes dalam aksi separuh akhir Piala Liga di minggu lepas.
Dia secara automatik digantung daripada perlawanan hujung minggu lalu di Lille dan akan kekal di bangku penonton ketika PSG berdepan Strasbourg pada bulan ini, namun keputusan hari ini menyaksikan Mbappe dibenarkan turun menentang Toulouse, Sabtu ini dan OM pada 25 Februari depan.
PSG kini berkelebihan 11 mata di depan tempat kedua Marseille.- REUTERS









