Malaysia perlu tumpu pembangunan perisian - Utusan Malaysia

Malaysia perlu tumpu pembangunan perisian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 8 Feb. – Model negara Islam terbaik bukan lagi tertumpu kepada faktor kebolehan negara tersebut mengamalkan sistem halal, malah aspek pembangunan teknologi seperti sistem perisian dan aplikasi perlu turut diberikan perhatian.

Perkara itu dilontarkan oleh Pengurus Besar Jabatan Syariah dan Pematuhan Halal QSR Brands Berhad dan KFC Holdings Malaysia Berhad, Mohd. Roslan Mohd. Saludin yang menyifatkan Malaysia kini perlu membangunkan sistem aplikasi dan perisian serta bukan lagi hanya tertumpu kepada sektor perlancongan dan makanan untuk menjadi sebuah negara Islam terbaik dunia.

Katanya, perkara itu perlu diberikan lebih perhatian dalam mewujudkan sistem ideal di sebuah negara Islam seiring dengan pembangunan negara lain.

“Malaysia merupakan tempat pertama di dunia dalam hab halal termasuk sektor pemakanan dan pelancongan. Negara juga mempunyai infrastruktur yang baik, walaubagaimanapun, kita masih lagi mempunyai kekurangan dari segi sistem aplikasi dan perisiaan.

“Bagi negara menjadi model terbaik dunia Islam, perkara ini juga perlu dipertingkatkan dengan melahirkan lebih ramai bakat yang mampu menghasilkan sistem tersebut,”katanya ketika menjadi panel pada Advokasi Ilmuwan Majlis Profesor Negara (MPN) dengan tema Transformasi Kesejahteraan Ummah: Malaysia Model Terbaik? di Dewan Perdana, Universiti Zainal Abidin (Unisza) di sini hari ini.

Turut hadir, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Hassan Mohd. Noor.

Program Advokasi Ilmuwan MPN adalah wadah strategik para profesor membitarai pembangunan negara dan kesejahteraan masyarakat sekali gus mengeluarkan resolusi terbaik terhadap isu yang berbangkit dan ia merupakan anjuran bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Utusan Malaysia. – UTUSAN ONLINE

NUR ANIS FARHANAH ABD MALEK

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×