KUALA LUMPUR 7 Feb – Demokrasi dan kebebasan bersuara perlu dilindungi daripada maklumat dan berita palsu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. Beliau berkata, keutuhan kedua-dua perkara itu perlu ditegakkan dengan mengekang salah guna kebebasan bersuara oleh mereka yang menyebarkan maklumat dan berita palsu. Katanya, pemimpin Pakatan Harapan mendakwa undang-undang baharu yang dicadangkan bagi membendung salah guna kebebasan bersuara dan berita palsu bertujuan untuk menyembunyikan…










