KUALA LUMPUR 10 Feb. – Polis Selangor menahan empat warga asing dan seorang lelaki tempatan dalam Op Judi Online di Seri Kembangan, Selangor. Serbuan ke atas premis tanpa lesen pada pukul 7.50 malam itu dijalankan pasukan pegawai dan anggota Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor. Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintenden Norhizam Bahaman berkata, dua warga asing yang ditahan adalah penjaga premis manakala…










