KOTA MARUDU 6 Feb. – Kegembiraan sembilan sahabat memancing sambil menikmati minuman keras bertukar duka apabila seorang daripada mereka maut dipercayai lemas di dalam kolam, di Kampung Longob di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa, Wilfred Magimpa, 44, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi terbabit. Ketua Polis daerah, Superintenden Mohd. Izaan Abdullah berkata, sebelum kejadian lelaki tersebut sedang memancing sambil minum minuman keras…