Lelaki cedera diserang babi hutan - Utusan Malaysia

Lelaki cedera diserang babi hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH – Seorang warga emas di Kampung Padang Lebar dekat sini terpaksa menjalani rawatan rapi di hospital selepas mengalami kecederaan akibat diserang seekor babi hutan di rumahnya semalam.

Mangsa, Marzuki Mohd. Yassin, 72, cedera pada betis kiri, kedua-dua tangan dan pada kepala setelah diserang haiwan liar itu.

Kejadian cemas tersebut disedari ibu lelaki berkenaan, Iyah Bada, 89, yang kemudian menjerit meminta tolong sebaik melihat mangsa bergelut dengan seekor babi hutan di halaman rumah mereka.

“Serangan babi hutan itu berlaku sejurus anak lelaki saya (Marzuki) keluar rumah pada pukul 11.30 malam setelah terdengar bunyi bising di bahagian dapur.

“Babi hutan yang menyedari kehadiran anak saya kemudian mengejarnya hingga ke halaman rumah dan berlaku pergelutan. Haiwan itu bertindak ganas dengan menggigit kaki, muka, tangan dan bahaigan kepala,” katanya hari ini.

Kata Iyah, seorang jirannya yang menyedari kejadian itu datang membantu dengan memukul dan mencucuk mata haiwan terbabit dengan sebatang buluh sehingga menyebabkan babi terbabit lari.

Tambah wanita itu, Marzuki segera dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah dekat sini dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×