Kritikan Trump undang kemarahan rakyat Britain - Utusan Malaysia

Kritikan Trump undang kemarahan rakyat Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 6 Feb.– Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah mengundang kemarahan rakyat Britain terma­suk Menteri Kesihatan, Jeremy Hunt selepas mengkritik sistem penjagaan kesihatan negara ini dengan menyifatkannya sesuatu usaha yang mengalami ‘ke­gagalan’.

Trump menjadikan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) Britain sebagai bahan politiknya untuk menolak usaha melaksanakan sistem penja­gaan universal di AS dengan me­ngutuk sistem yang diagungkan oleh sekutu rapatnya itu.

Katanya: “Parti Demokrat berusaha melaksanakan penjagaan kesihatan universal ketika ribuan orang di United Kingdom mengadakan tunjuk perasaan kerana sistem tersebut gagal untuk berfungsi.

“Demokrat mahu menaikkan cukai untuk penjagaan perubatan yang benar-benar buruk dan bukan peribadi. Tidak te­rima kasih! Tulis Trump dalam Tweet beliau.

Malangnya, Trump dilihat gagal memahami bahawa sistem kesihatan Britain adalah diberikan secara percuma untuk semua rakyatnya sedang­kan di AS, rakyat negara itu perlu memiliki insurans untuk menikmatinya .

Rakyat Britain yang marah dengan Trump menggunakan Twitter mempertahankan NHS dengan kebanyakannya me­ngatakan tunjuk perasaan yang dirujuk oleh Trump dalam twi­tternya merupakan langkah kumpulan tertentu yang mahukan peruntukan perkhidmatan kesihatan ditingkatkan lagi dan bukan untuk memansuhkannya.

Perhimpunan di tengah London itu menarik sebanyak 60,000 orang menyertai demonstrasi pada Sabtu lalu menuntut lebih banyak peruntukan diberikan bagi per­khidmatan kesihatan sebelum berarak ke pejabat Perdana Menteri, Theresa May.

Malah, Menteri Kesihatan, Hunt yang menjadi antara sasaran kemarahan penunjuk perasaan turut membidas Trump.

“Saya mungkin tidak bersetuju dengan dakwaan tentang perhimpunan itu tetapi tidak satupun daripada mereka mahu hidup dalam sistem yang mana 28 juta penduduk tidak mempunyai perlindungan (di AS).

“NHS juga mempunyai cabaran tetapi saya bangga untuk tinggal di sebuah negara yang memberikan perlin­dungan menyeluruh dengan setiap orang menikmati penjagaan kesihatan tanpa mengira kedudukan kewangan mereka,” kata Hunt,

Jurucakap Perdana Menteri, turut menyokong pendirian Hunt dengan menyifatkan rasa bangga beliau akan prestasi NHS yang disenaraikan sebagai yang terbaik daripada 11 buah negara maju. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN