ALOR SETAR 6 Feb. – Pemain perseorangan ketiga negara, S. Kisona mahu melupakan peristiwa hitam ketika dia mengalami kecederaan lutut serius sewaktu beraksi Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Stadium Sultan Abdul Halim, di sini, empat tahun lalu. Dalam aksi tersebut, Kisona yang ketika itu berusia 16 tahun mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL), ligamen kolateral lateral (LCL) dan ligamen kolateral medial (MCL) sewaktu aksi suku akhir menentang He Bingjiao dari…