SHAH ALAM 8 Feb. – Polis memberi tempoh 24 jam kepada dua individu yang didakwa oleh pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari bertanggungjawab memasukkan dadah ke dalam minumannya supaya tampil bagi membantu siasatan. Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, dua individu terbabit ialah bekas penyanyi daripada sebuah kumpulan R&B dikenali sebagai Ahmad Tajuddin atau Taj dan seorang lagi hanya dikenali sebagai Osh yang merupakan seorang anggota kumpulan nasyid…