KUALA LUMPUR 13 Feb. – Kerajaan tidak akan mengabaikan kawasan luar bandar meskipun fokus diberikan kepada isu-isu perbandaran dan juga bandar raya. Perkara itu dijelaskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang percaya kawasan bandar dan luar bandar semakin berhubung kait antara satu sama lain. Katanya, kawasan luar bandar telah menjadi lokasi untuk meluangkan masa dan berfungsi sebagai tempat rekreasi. “Terdapat juga indikasi menunjukkan peningkatan pembandaran…