KUALA SELANGOR – Kelip-kelip yang menjadikan kawasan sekitar Kampung Kuantan di sini sebagai habitat kegemarannya dikhuatiri bakal pupus apabila Sungai Selangor yang menyaliri Kuala Selangor semakin tercemar ekoran aktiviti mengorek pasir yang berlangsung sejak tahun lalu. Kelip-kelip di Kampung Kuantan menjadi ikon sektor pelancongan di kawasan tersebut dan meningkatkan ekonomi penduduknya. Pupusnya kelip-kelip akan memberi kesan ekonomi kepada penduduk di Kampung Kuantan khususnya dan Selangor secara keseluruhannya. Ahli Parlimen Kuala…










