Kelantan, Terengganu sama handal - Utusan Malaysia

Kelantan, Terengganu sama handal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 6 Feb. – Pertemuan seteru tradisi pantai timur antara Kelantan dan Terengganu FC I (TFC I) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Pada perlawanan tersebut, Tchetche Kipre melakar sejarah baharu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) apabila meledakan jaringan terpantas untuk Terengganu ketika aksi baharu sahaja berusia 33 saat.

Tersentak dengan jaringan itu, tuan rumah cuba bangkit namun penyerang import Korea, Do Dong-Hyun melepaskan peluang untuk menyamakan kedudukan selepas sepakannya sekadar melewati palang pada minit ke-24.

Gol yang dicari tuan rumah, akhirnya kunjung tiba apabila Dong-Hyun menyempurnakan sepakan penalti untuk mengikat kedudukan menjadi 1-1 sekaligus memberikan kegelaan buat The Red Warriors (TRW).

Jaringan itu nyata menyuntik semangat barisan pemain TRW apabila melancarkan serangan bertali arus ke kubu pasukan pelawat namun gagal menepati sasaran dan keputusan sehingga tamat perlawanan.

Bersambung babak kedua, TRW dan TFC I masing-masing saling berbalas-balas serangan namun dihampakan oleh ketumpulan jentera serangan.

Minit ke-73, TFC I hampir menambah jaringan kedua namun Khairul Fahmi menggunakan pengalamannya untuk menyelamatkan gawang golnya dari terus dibocori.

Selang 15 minit kemudian, TRW mempersiakan peluang menambah jaringan apabila sepakan percuma Bruno Lopes dari luar kotak penalti tersasar ke pintu gol sebelah kiri Terengganu meskipun penjaga golnya Mohd. Suffian Rahman sudahpun tertewas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN